Penderitaan penduduk wilayah Selatan mengiringi proses kedamaian

kerja tentera

PATANI, 19 APR – Pada musim panas setiap tahun aktiviti kursus musim panas sekolah tadika sentiasa diadakan untuk memenuhi masa cuti bagi kanak-kanak sekolah rendah. Pada tanggal 18 Arp guru wanita sekolah melayu, Kampung bukit, Na-pradu, Khokpo ditahan oleh tentera ketika sedang melancarkan aktiviti tersebut, dengan alasan hanya terdapat pejuang kemerdekaan Patani melari masuk ke tempat kursus itu.

Menurut laporan telah menjelaskan bahawa saudari yang bernama Fadhilah Sohman selaku panatia (Murabbiah) yang adalah pelajar di sekolah Dar al-Maa’rif (Sekolah Majlis Patani)  ditahan kerana hanya mengesyaki bahawa pejuang kemerdekaan Patani melarikan diri ke lokasi kursus tersebut. Saudari Fadhilah telah dibawa ke markas tentera khas-24, pusat pelatiahan kerjawan Wad-Changhai, Daerah Khokpho untuk membuat penyiasatan dan setelah itu dipindah ke markas tentera khas, jabatan tentera hutan-41 Wangphaya, Raman, Yala.

Pada hari ini, ibu dan keluarganya telah menceritakan bahawa telah membuat permohonan untuk menziarahi tetapi tidak diizinkan oleh pegawai yang bertugas di markas tentera itu. Dan kini masih tidak mengetahui nasib anaknya.

Kes menahan orang yang disyaki oleh tentera masih berkalu di wilayah Selatan tidak dikecuali lekali atau wanita dibawah naungan undang-undang dekri darurat. Bagaimanakah nasib saudari Fadhilah yang telah ditahan oleh tentera tersebut. Hal seperti ini kerap berlaku dan setiap kali penahanan hanya berakhir dengan senyap begitu sahaja. Penderitaan penduduk wilayah Selatan di bawah pentadbiran tentera masih berterusan. Selagi mana wilayah ini dipenuhi oleh tentera, walau di buat 100 kali majlis rundingan kedamaian di wilayah Selatan Thai tak akan berlaku.

Leave a Reply